ENEOS ialah jenama bagi produk yang dihasilkan dan dijual oleh JXTG Nippon Oil & Energy Corp., sebahagian daripada JXTG Group. Dengan lebih daripada 120 tahun kepakaran dalam industri ini, JXTG Group adalah “Syarikat Minyak No.1 di Jepun”. JXTG Group memiliki dan mengendalikan lebih daripada 10,000 stesen minyak di seluruh Jepun.

Sebagai sebuah syarikat minyak terbesar di Jepun, JXTG Nippon Oil & Energy Corporation telah membangunkan dan menghasilkan secara strategik produk berkualiti tinggi menggunakan bahan tambah maju dan teknologi minyak asas yang dicapai menerusi kejuruteraan bersama dan kerjasama penyelidikan dengan semua pengeluar automotif Jepun yang utama.

 

ENEOS

Pelincir ENEOS memberikan prestasi, kuasa dan perlindungan yang luar biasa untuk pelbagai jenis aplikasi termasuklah kereta lumba, motosikal dan kereta jalan. Teknologi Minyak WBASE dan Bahan Tambah Maju ZP proprietari ENEOS memaksimumkan prestasi, ekonomi bahan api dan perlindungan enjin dalam keadaan-keadaan yang paling ekstrem di samping mengurangkan pengeluaran karbon, menjadikan minyak pelincir ENEOS pilihan yang ideal dan mesra alam.

 

Jenama ENEOS telah dicipta dengan menggabungkan “ENERGY” dan “NEOS”; perkataan Greek untuk “baharu”. ENEOS menggambarkan falsafah korporat dan identiti JXTG Group. Tanda jenama mewakili “Tenaga” dalam bentuk simbolik, glob di tengah-tengah mewakili “Kebolehpercayaan” dan “Kesinambungan”, manakala lingkaran luar yang tersebar melambangkan “Kreativiti” dan “Inovasi”.

 

Falsafah JXTG Group

Misi JXTG Group ialah untuk memanfaatkan kuasa Bumi untuk kebaikan bersama dan kehidupan setiap individu sehari-hari, dengan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan membantu untuk memastikan masa depan yang cemerlang melalui penciptaan dan inovasi dalam tenaga, sumber dan bahan. JXTG Group berbangga dalam pelaksanaan tatakelakuannya yang bertindak sebagai asas untuk membuat pertimbangan kerana semua pengarah, pegawai dan pekerja menggunakan kod ini untuk merealisasikan Falsafah Korporat melalui aktiviti perniagaan dan bagi memenuhi tanggungjawab sosial. Integrasi perniagaan JXTG Group membawa kepada penubuhan kumpulan syarikat yang kukuh yang merupakan antara kumpulan paling menonjol di Asia dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam tenaga, sumber asli dan bahan komprehensif.

Ketahui lebih lanjut

 

Terdapat 3 perniagaan teras dalam JXTG Group:

JXTG Nippon Oil & Energy Corporation

XTG Nippon Oil & Energy Corporation (NOE) terlibat dalam penapisan dan pemasaran petroleum dan produk petrokimia. JXTG NOE menawarkan pelbagai produk termasuk Pelincir dan produk Petrokimia yang lain.

Syarikat ini terlibat dalam import dan penjualan gas dan arang batu untuk membekalkan elektrik, bersama-sama dengan pembangunan, pembuatan dan pemasaran sel bahan api, Sistem Penjanaan Tenaga Suria, dan bateri simpanan.

Ketahui lebih lanjut

 

JX Nippon Oil & Gas Exploration

X Nippon Oil & Gas Exploration (NOEX) terlibat dalam pelbagai projek minyak dan gas asli di seluruh dunia, aktif mencari prospek baru dan berusaha untuk membangunkan teknologi cemerlang bagi memastikan masa depan yang mampan untuk industri tenaga. NOEX juga terlibat dalam pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, penjualan, dan penghantaran petroleum, gas asli, dan sumber mineral yang lain. Bagi merealisasikan misi JXTG Group, NOEX meneruskan aktiviti cari gali tempatannya sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang ini. Sementara minyak dan gas Nakajo di pesisir Wilayah Niigata merupakan cari gali domestik dan pangkalan pengeluaran di Jepun, NOEX menjalankan pelbagai projek cari gali di seluruh dunia iaitu di Laut Utara UK, UAE, Qatar, Teluk Mexico, Kanada, Brazil, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Australia dan Papua New Guinea. Rancangan pengembangan perniagaan NOEX melibatkan pelaburan yang strategik untuk pemerolehan cari gali, pembangunan dan pengeluaran aset serta infrastruktur yang berkaitan.

Ketahui lebih lanjut

 

JX Nippon Mining & Metals

Sebagai pengeluar global sumber dan bahan bukan ferus, JX Nippon Mining & Metals (NMM) komited untuk membantu pembangunan mampan masyarakat. Bagi merealisasikan misi ini, modul perniagaan NMM dibahagikan kepada Pembangunan Sumber, Peleburan dan Penapisan, Pengitaran Semula dan Perkhidmatan Alam Sekitar, Kerajang Kuprum, Bahan-Bahan Filem Nipis, Keluaran Gulung Jitu, Keluaran Rekaan Jitu dan Pembangunan Teknologi. Bagi memperluas jangkauan pengeluaran dan perlombongan mereka, NMM kini mempunyai projek yang sedang dijalankan di seluruh dunia. Wilayah-wilayah ini termasuk China, Taiwan, Korea, Singapura, Malaysia, Filipina, Amerika Selatan, dan Amerika Syarikat.

Ketahui lebih lanjut

 

JX Nippon Oil & Energy Asia

JX Nippon Oil & Energy Asia (NOEA) ialah anak syarikat JXTG Nippon Oil & Energy Corporation. Ditubuhkan pada Julai 1980, NOEA memberikan khidmat kepada pasaran Bangladesh, Kemboja, Hong Kong, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Singapura, Sri Lanka dan Australia. Produk-produk NOEA terdiri daripada pelincir sektor automotif, marin dan industri.

NOEA mempunyai 3 jabatan perniagaan utama:

Jabatan Pelincir dan Keistimewaan

Terlibat dalam penjualan dan pemasaran pelincir automotif dan minyak marin ENEOS dan SUSTINA di Asia dan Oceania untuk industri, kerja logam dan jentera pemprosesan makanan.

Jabatan Bunker

Jabatan Bunker berfungsi sebagai pembekal fizikal bahan api marin dengan bahagian pasaran terbesar di Jepun dan terlibat dalam pembelian dan perdagangan produk bahan api marin dalam Asia. Sebagai penapis minyak utama di Jepun, JXTG Nippon Oil & Energy mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang luar biasa tentang spesifikasi minyak dan jaminan kualiti produk.

Jabatan Perdagangan

Jabatan perdagangan mengendalikan sumber dan dagangan minyak mentah, keluaran petroleum dan bahan mentah.

 

Maklumat Kilang

ENEOS ItalSing Pte. Ltd.

JX Nippon Oil & Energy Asia (JX NOEA) ialah pemegang saham utama dan pengeluar produk pelincir dengan ENEOS ItalSing Pte. Ltd. (EIS).

EIS komited untuk menjadi pengeluar kontrak pelincir yang terulung di rantau ini dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti demi mencapai kepuasan pelanggan. Sejak bermula pada tahun 1993, rekod prestasi perkhidmatan EIS yang fleksibel, berkualiti dan penghantaran yang tepat pada masa diminta telah menjadi satu tanda kecemerlangan mereka.

Salah satu faktor utama kejayaan mereka ialah membina hubungan sama menang dengan pelanggan mereka. EIS dilatih untuk memastikan pelanggan mendapat produk dan perkhidmatan berkualiti setiap masa secara konsisten.

Kualiti produk EIS diiktiraf di seluruh Asia Pasifik. Pusat servis sehentian EIS membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pemasaran, jualan dan mengembangkan perniagaan mereka. EIS akan menguruskan keperluan pembuatan pelanggan mereka.

Dilengkapi dengan kemudahan pengeluaran fleksibel, makmal terkini dan satu pasukan profesional yang terlatih, EIS dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.

Ketahui lebih lanjut

Perkongsian Sosial