Functions of Engine Oil

Minyak enjin adalah darah enjin. Sama seperti cara darah mengalir melalui jantung, minyak enjin mengalir melalui enjin, dan melakukan tugas utamanya untuk berfungsi secara optimum. Tugas-tugas ini termasuklah:

  • Pelinciran
  • Membersih, mengadang dan menyejukkan enjin
  • Memberi perlindungan daripada kehausan, asid pembakaran dan karat.

Minyak enjin mengalir melalui bahagian-bahagian penting enjin termasuk aci sesondol, aci engkol, tali sawat pemasaan, pan minyak, turas minyak, silinder, omboh, dan injap.

Minyak enjin memberikan pelinciran dengan membolehkan bahagian bergerak enjin menggelangsar dengan lancar, mengurangkan geseran dan kehausan. Minyak ini mengambil dan menyebarkan jelaga dan enap cemar untuk membersihkan enjin, sambil mengadang jurang untuk menghalang gas daripada terlepas. Ia juga menyerap haba, menghalang pemanasan lampau dan pembakaran bahagian enjin, sambil menghalang asid pembakaran daripada membentuk karat dan kakisan pada masa yang sama.

 

How Gasoline Engine Works

Enjin gasolin menghasilkan kuasa dengan cara pembakaran berulang di antara campuran udara dan bahan api. Enjin ini terdiri daripada silinder tetap dan omboh bergerak. Pertama, proses pengambilan berlaku apabila bahan api bercampur dengan udara dan diserapkan ke dalam silinder. Kemudian, omboh bergerak memampatkan campuran bahan api dan udara yang menyebabkan bunga api menyala lalu menyebabkan pembakaran. Pengembangan gas pembakaran menolak omboh semasa lejang kuasa secara berulang-ulang.

 

New Generation Engine Oils

Enjin gasolin menghasilkan kuasa dengan cara pembakaran berulang di antara campuran udara dan bahan api. Enjin ini terdiri daripada silinder tetap dan omboh bergerak. Pertama, proses pengambilan berlaku apabila bahan api bercampur dengan udara dan diserapkan ke dalam silinder. Kemudian, omboh bergerak memampatkan campuran bahan api dan udara yang menyebabkan bunga api menyala lalu menyebabkan pembakaran. Pengembangan gas pembakaran menolak omboh semasa lejang kuasa secara berulang-ulang.

 

Causes of Engine Failures

Minyak yang betul memainkan peranan penting dalam mencegah kerosakan enjin. Punca-punca kerosakan enjin termasuklah:

  • Penyelenggaraan yang tidak sempurna
  • Kegagalan untuk menukar minyak yang tercemar
  • Pembentukan enap cemar dan varnis
  • Pengoksidaan dan penebalan minyak
  • Unsur-unsur abrasif
  • Kesusutan bahan tambahan
  • Kegagalan pam minyak

Selain itu, minyak enjin perlu ditukar sebelum kemerosotan. Faktor-faktor kemerosotan minyak termasuklah:

  • Pengumpulan kotoran
  • Pencemaran lembapan
  • Pencemaran bahan api
  • Pengoksidaan terma minyak
  • Penggunaan bahan tambah

Tanda-tanda kemerosotan minyak dapat dilihat apabila kotoran terbentuk disebabkan oleh enjin yang terdedah. Kualiti dan kelikatan minyak enjin ditentukan oleh notasi terpiawai antarabangsa.

 

Choosing the Right Engine Oil

Memilih minyak enjin yang betul dengan mengenal pasti notasi kelikatan SAE enjin dan notasi Gred (API, ILSAC, ACEA) adalah penting untuk memilih minyak yang betul. Kelikatan minyak enjin dinyatakan secara berangka menggunakan notasi yang dibangunkan oleh SAE (Persatuan Jurutera Automotif). Kelikatan suhu rendah dengan nombor yang lebih rendah sesuai untuk kawasan sejuk manakala kelikatan suhu tinggi dengan nombor yang lebih tinggi sesuai untuk kawasan panas.

 

Transmisi dan pelincir

Memilih pelincir transmisi yang betul adalah penting kerana proses transmisi terdiri daripada sebilangan besar bahagian yang menggelangsar dimana, pelinciran adalah perlu. Transmisi adalah mekanisme dimana kuasa dihantar dari enjin ke roda kenderaan bermotor. Terdapat tiga jenis transmisi utama: Transmisi Automatik (AT), Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) dan Transmisi Manual (MT): dan setiap jenis mempunyai syarat prestasi pelincirnya sendiri. AT memerlukan Bendalir Transmisi Auto (ATF) untuk kawalan gelincir. CVT sebaliknya memerlukan Bendalir CVT (CVTF) untuk pacuan tali sawat CVT dan Toroid Khusus CVTF untuk Toroid CVT. Pengoksidaan adalah disebabkan oleh pemanasan haba, penggunaan dan pemecahan bahan tambah, dan pengumpulan kelembapan, kehausan dan enap cemar menyebabkan kemerosotan minyak dan tanda-tandanya dapat dilihat melalui pengurangan pecutan, pengurangan kecekapan bahan api dan peningkatan kejutan anjakan.

Perkongsian Sosial